GOH SOON HUAT

Pemain berusia 29 tahun itu berazam untuk cuba memainkan peranan selaku ketua pasukan dalam memastikan setiap pemain kekal bersemangat dalam menggalas cabaran negara di kejohanan itu.

Dia juga mengakui banyak belajar daripada jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei dalam memimpin pasukan sepanjang menyertai kejohanan berpasukan sebelum ini.

“Saya tidak pernah jangka akan jadi kapten, pihak pengurusan memutuskan untuk saya jadi ketua pasukan dan saya akan cuba jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin dalam mengekalkan semangat pemain.

“Memang sebelum ini Chong Wei akan menjadi kapten dan saya banyak belajar daripada dia kerana saya sudah tiga atau empat kali bersamanya dalam kejohanan berpasukan termasuk Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Piala Sudirman adalah yang pertama untuk saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE