Berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Soniia tewas 13-21, 10-21.

“Saya bermula dengan baik tapi lawan saya terus bertahan hingga akhir.

“Beliau beraksi lebih baik dan bermain dengan pantas. Secara keseluruhan saya tidak berpuas hati dengan permainan saya.

“Bagi pasukan, saya percaya kami mempunyai masa untuk memperbaiki permainan dan melangkah ke final,” katanya selepas tamat perlawanan. - BERNAMA