Dalam aksi itu, Soniia yang merupakan perseorangan wanita utama negara tewas 10-21, 9-21 kepada juara Asia dua kali itu.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, Tzu Ying nyata lebih bagus berbanding dirinya selain kurang melakukan kesilapan semasa di dalam gelanggang.Memang saya kecewa dengan permainan saya hari ini, Tzu Ying berada dalam kelasnya tersendiri dan saya belum mampu menyainginya, katanya selepas tamat permainan.

Sementara itu, Tzu Ying terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima kejohanan yang disertainya sebelum ini termasuk merangkul empat kejuaraan iaitu Malaysia Masters, Indonesia Masters, All England dan Kejohanan Asia.Pemain berusia 24 tahun itu berkata, masih terlalu awal untuk menilai prestasinya di kejohanan ini memandangkang dia masih belum menemui lawan yang setanding dengan dirinya.

Saya masih belum pernah tewas sejak Malaysia Masters (Januari lalu) dan di sini saya masih belum jumpa lawan yang kuat, jadi memang saya yakin akan menang hari ini, katanya.-UTUSAN ONLINE