Dalam aksi tersebut Soniia yang turun selaku perseorangan pertama tidak mampu memberi saingan kepada ketangkasan Nitchaon Jindapol dan terpaksa akur dengan keputusan 14-21, 15-21 dalam tempoh 43 minit.
 Pemain berusia 25 tahun itu mengakui, permainannya hari ini jauh berbeza berbanding dua perlawanan sebelum ini selain lawannya menampilkan aksi lebih bertenaga.
 “Saya berharap rakan-rakan yang lain akan kembali bangkit untuk memberikan mata buat Malaysia selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.-UTUSAN ONLINE