Lim Yin Fun yang turun selaku perseorangan ketiga tidak berjaya menyumbang mata penentu selepas pasukan negara terikat 2-2 dalam perlawanan itu.

Meskipun memberikan saingan sengit namun pemain berusia 24 tahun itu terpaksa akur dengan keputusan 21-23, 20-22 dalam tempoh 55 minit kepada

Yin Fun mengakui sangat kecewa dengan kekalahan itu dan menyifatkan kekurangan pengalaman membuatkan dia gagal meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir itu.

“Saya gagal mengawal permainan terutama ketika mata penentu dan lawan saya lebih bijak dalam situasi genting seperti itu.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan permainan saya dan sudah faham apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan akan datang.

“Sama ada saya akan diturunkan dalam perlawanan esok (suku akhir) atau tidak, bergantung kepada keputusan jurulatih (Datuk Tey Seu Bock),” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Malaysia bagaimanpun sudah melayakkan diri ke suku akhir selepas meraih kemenangan kedua ke atas Myanmar dengan keputusan 5-0, semalam.

Terdahulu, Soniia Cheah yang turun selaku perseorangan pertama gagal menghadiahkan mata pertama selepas tunduk 14-21, 15-21 dalam tempoh 43 minit kepada Nitchaon Jindapol.

Bagaimanapun, pasangan beregu bidan terjun, Vivian Hoo-Tee Jing Yi berjaya menyamakan kedudukan selepas bekerja keras dalam aksi tiga set untuk menewaskan Chayanit Chaladchalam-Phataimas Muenwong 21-19, 16-21, 21-15.

Harapan untuk menyaksikan juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei memberikan mata kedua negara juga tidak kesampaian apabila dia gagal menandingi kecemerlangan Pornpawee Chochuwong dan terpaksa akur dengan kekalahan 19-21, 17-21.

Satu lagi pasangan bidan terjun, Chow Mei Kuan-Goh Yea Ching menjadikan kedudukan 2-2 selepas menewaskan Putita Supajirakul-Saspiree Taerattanachai 21-15, 21-15.-UTUSAN ONLINE