Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana negara belum mempunyai pemain badminton wanita yang sampai ke tahap membanggakan dan usaha gigih perlu dilakukan dalam menyediakan atlet bidang ini pada peringkat awal lagi.

"Saya minta BAM supaya berani mencuba pemain baru, jika kalah tidak mengapa, tetapi apa yang penting adalah mereka menimba pengalaman.

"Saya masih kurang berpuas hati dengan tahap pemain wanita negara, namun ia lebih baik berbanding daripada tidak ada langsung," katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Kecemerlangan Akuatik di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Beliau mengulas kegagalan Malaysia ke pusingan akhir Piala Uber di Wuhan Mei ini, selepas tewas 0-5 kepada Indonesia pada playoff tempat 5-8 di Macau.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut Malaysia selepas kalah 2-3 kepada Hong Kong, sebelum itu.