Pulau Pinang yang sering dikaitkan dengan kecemerlangan dalam menghasilkan bakat bakat baharu sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa hanya meraih satu kejuaraan menerusi bergu perempuan bawah 12 tahun, Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi.

Dalam saingan Divisyen Tiga yang berlangsung di Putrajaya hari ini, Pahang mendominasi tujuh daripada 12 kejuaraan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun sementara Kelantan dan Putrajaya masing masing meraih dua kejuaraan manakala Terengganu meraih satu kejuaraan.

Tumpuan utama terarah di Pulau Pinang yang mana Selangor mengungguli saingan bawah 16 tahun selepas menyingkirkan pemain-pemain pilihan, termasuk perseorangan lelaki, Samuel Lee yang tewas 21-16, 9-21, 14-21 kepada Chua Kim Sheng.

Selangor turut melakar kejutan dalam perseorangan perempuan bawah 16 tahun menerusi K. Letshana yang menundukkan pilihan pertama kejohanan, Arena Satu Samin dari Sabah 21-11, 21-11.

Letshaana terus cemerlang dalam bergu perempuan apabila gandingannya bersama Loh Zhi Wei menang ke atas pasangan Johor, Ler Yee Huey-Teoh Ju Kee 21-18, 21-10.

Aksi final bawah 14 tahun, pilihan utama perseorangan lelaki dari Sabah, Andrew Aguwell muncul juara selepas menang ke atas wakil Johor, Azuan Amirul Imran di pentas final.

Dia bagaimanapun terlepas peluang untuk meraih kejuaaran berganda dalam beregu lelaki selepas gandingannya dan Carlester Cleve James tewas di tangan pasangan Johor, Goh Shao Tang-Muhd. Nurhakim Sagidon 17-21, 11-21.

Final perseorangan perempuan bawah 14 tahun pula diungguli pemain Sabah, Jovine Calvin yang melakar kemenangan 18-21, 21-16, 21-8 ke atas pilihan pertama dari Selangor, Loh Hor Yan dalam masa 50 minit.

Hasrat Samuel Lee untuk menebus kekecewaan dalam beregu lelaki bawah 16 tahun tidak kesampaian selepas gandingannya bersama Tan Wei Liang gagal mengatasi pasangan Liew Xun-Ng Tze Chian yang menang 22-20, 21-19.

Dalam saingan Divisyen Tiga, Goo Vie Keat menepati ramalan untuk muncul juara perseorangan lelaki bawah 16 tahun selepas menang straight set ke atas rakan sepasukan, Kang Wei Shern 21-14, 21-8.

“Di luar gelanggang kami adalah saudara tetapi ketika di gelanggang, kami musuh,” kata Vi Keat.

Impian untuk melihat kakaknya, Goo Vie Nie muncul juara perseorangan perempuan bawah 16 tahun bagaimanapun tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan kedua dari Pahang, Evelyn Ng Yan Ni 11-21, 10-21.

“Saya ada perancangan untuk hadapi final tetapi ia tidak berkesan terhadap lawan yang lebih tinggi. Begitupun, ini tetap pencapaian yang terbaik saya,” kata Vie Nie.

Pahang turut merangkul kejuaraan dalam acara beregu perempuan bawah 16 tahun dan perseorangan lelaki dan perempuan bagi bawah 14 tahun dan 12 tahun. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (AKHIR)

Divisyen Satu

LELAKI

Perseorangan bawah 16

Chua Kim Sheng (Sel) kln Samuel Lee (P.P) 16-21, 21-9, 21-14

Perseorangan bawah 14

Andrew Aguwell (Sab) kln Azuan Amirul Imran (Joh) 21-14, 21-17

Perseorangan bawah 12

Hao Feng Low (KL) kln Kong Teck Joon (Sel) 16-21, 21-16, 21-15

Beregu bawah 16

Liew Xun-Ng Tze Chian (Joh) kln Samuel Lee-Tan Wei Liang (Penang) 22-20, 21-19

Beregu bawah 14

Goh Shao Tang-Muhammad Nurhakim Sagidon (Joh) kln Andrew Aguwell-Carlester Cleve James (Sab) 21-17, 21-11

Beregu bawah 12

Hao Feng Low-Najib Irfan Aqil (KL) kln Branson Hee Hek Fang-Kong Teck Joon (Sel) 21-12, 21-12

PEREMPUAN

Perseorangan bawah 16

K. Letshaana (Sel) kln Arena Satu Samin (Sab) 21-11, 21-11

Perseorangan bawah 14

Jovine Calvin (Sab) kln Selina Loh Hor Yan (Sel) 18-21, 21-16, 21-8

Perseorangan bawah 12

Dania Sofea Zaidi (Joh) kln Oo Shan Zi (Pen) 21-17, 21-18

Beregu bawah 16

K. Letshaana-Loh Zhi Wei (Sel) kln Ler Yee Huey-Teoh Ju Kee (Joh) 21-18, 21-10

Beregu bawah 14

Sharlyn Vivian George-Cassey Rynn Rompog (Sab) kln Selina Loh Hor Yan-Wong Zi Yi (Sel) 21-13, 21-10

Beregu bawah 12

Christine Lam Mei He-oo Shan Zi (Pen) kln Lai Yun-Dania Sofea Zaidi (Joh) 21-11, 21-17