Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selamat kembali Misbun

BADMINTON memang popular di Malaysia kerana secara tradisinya telah melahirkan jaguh bertaraf dunia dari negara ini selain lumba basikal, skuasy dan terjun.

Mat Sport
Mat Sport

Apapun Malaysia kelihatan menuju kegagalan dalam menampilkan pemain perseorangan muda yang hebat untuk meneruskan legasi itu apabila Datuk Lee Chong Wei menggantung raketnya kelak berbanding dengan China, Indonesia dan Denmark.

Negara-negara itu bagaikan kilang menghasilkan pemain muda berbakat sebaliknya Malaysia masih bergelut dengan pelbagai isu sehingga gagal menyediakan barisan pemain pelapis yang mantap. Malah, negara bukan kuasa tradisi seperti India juga sudah mula menampilkan jaguh yang mampu bersaing dengan pemain handalan dunia.

Jika situasi ini berterusan, Mat risau keadaan akan lebih parah menjelang kejohanan Piala Thomas edisi 2018 kerana kemungkinan besar ini adalah edisi terakhir untuk beberapa pemain negara seperti Chong Wei untuk beraksi.

Bagi Mat, perkara inilah yang perlu diberikan perhatian oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan barisan kepemimpinan baharu.

Mat lihat banyak perubahan drastik cuba dilakukan oleh kepemimpinan baharu BAM, yang paling mencuri tumpuan adalah kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan mereka selepas enam tahun.

Pelantikan semula jurulatih berusia 57 tahun itu dibuat ke­rana dia dilihat sebagai individu paling tepat untuk memulihkan prestasi pemain perseorangan lelaki yang semakin tenat.

Selain pernah membimbing Chong Wei memenangi pingat perak pertama Sukan Olimpik di temasya Beijing 2008, antara pemain berprofil tinggi lain pernah mendapat sentuhan dan tunjuk ajar Misbun ialah pasangan adik-beradik Roslin dan Hafiz Hashim.

Selepas menyumbang khid­mat selama lapan tahun bermula 2003, Misbun membuat keputusan meninggalkan BAM pada 2011.

Mat melihat Misbun sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk bukan sahaja mempertajamkan semula prestasi Chong Wei tetapi juga menggilap penggantinya kerana kerjaya pemain No. 1 negara itu sudah tidak lama lagi. Perkara ini tentunya di­sedari oleh Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria yang juga perlu membuktikan kepada peminat bahawa, selepas segala isu mengenai jawatan yang disandangnya sekarang tamat, adalah orang yang tepat untuk membawa perubahan.

Juga tidak dilupa, kehadiran pemenang pingat perak Sukan Olimpik 1996, Cheah Soon Kit yang turut menjadi wajah baharu direkrut BAM. Dia akan bertanggungjawab membim­bing beregu lelaki.

BAM bagaimanapun sebelum ini menegaskan, pelantikan mereka dianggap gagal jika tidak berhasil melahirkan sandaran berkualiti kepada dua tonggak itu menjelang kitaran dua Sukan Olimpik bermula dengan Tokyo 2020 manakala Morten Frost (pengarah teknikalnya) mahu Piala Thomas 2018 menjadi keutamaan.

Apapun senario ini sudah pasti menambah tekanan kepada Misbun dan Soon Kit untuk membentuk skuad berkualiti dalam tempoh kurang setahun namun ia tidak mustahil boleh berlaku. Lebih baik mencuba daripada hanya duduk diam menggigit jari.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain