Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saya akan bangkit – Chong Wei

Lee Chong Wei mahu memberi tumpuan pada Sukan Komanwel dan Piala Thomas tahun depan.
Lee Chong Wei mahu memberi tumpuan pada Sukan Komanwel dan Piala Thomas tahun depan.

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui agak berat baginya untuk menerima penyingkiran awal beliau dalam Kejohanan Dunia minggu lalu, namun bertekad bangkit untuk terus mengharumkan nama negara.

Menurutnya, Sukan Komanwel dan Piala Thomas yang akan berlangsung tahun depan merupakan antara perhatiannya untuk mengecapi kejuaraan.

“Selepas tewas saya ada bercakap dan menjelaskan kepada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengenai kekalahan saya

“Saya dah mencuba yang terbaik, memang biasa ada sedikit rasa gementar dalam perlawanan pertama.

“Kekalahan itu agak berat bagi saya tetapi hidup perlu diteruskan dan saya akan menumpukan beberapa kejohanan besar yang mendatang termasuk Piala Thomas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila turut hadir bagi menyaksikan beberapa aksi akhir badminton Sukan SEA Ke-29 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland minggu lalu, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu bergelar juara dunia lebur selepas tunduk seawal pusingan pertama kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Brice Leverdez 19-21, 24-22, 17-21 .

Tambah Chong Wei, beliau akan sentiasa berbincang dengan Ketua Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek mengenai masa depannya lebih-lebih lagi pada usia 34 tahun pemain itu tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain