Terbaharu adalah bekas pemain perseorangan, Rashid Sidek (gambar)dan bekas pemain beregu negara, Yap Kim Hock yang mengakui berminat jika kena dengan tawarannya.

Kedua-duanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan membabitkan pelumba MotoGP dunia, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo serta legenda motosikal dunia, Mick Doohan di Velodrom Nasional di sini hari ini berkata, minat itu memang tidak pernah padam demi mahu melihat kecemerlangan berterusan sukan badminton negara.

Rashid, 49, yang kini menjadi jurulatih Kelab Badminton Cheras bagaimanapun menjelaskan, punca ramai bekas pemain merajuk dengan BAM ialah kerana sikap pilih kasih badan induk badminton negara itu dalam mengiktiraf sumbangan mereka.

“Kami bukan mahukan gaji besar seperti jurulatih import dari luar tetapi cukup jika jurang perbezaannya tidak terlalu besar seperti sekarang,” katanya.