Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prestasi amat mengecewakan

Hanya Lee Chong Wei capai standard diharapkan pada Terbuka Malaysia

CHAN PENG SOON (kiri) dan Goh Liu Ying terkeluar seawal pusingan
CHAN PENG SOON (kiri) dan Goh Liu Ying terkeluar seawal pusingan pembukaan di Kuching.

KUCHING 10 April - Kecuali kejayaan Datuk Lee Chong Wei mara ke final, prestasi pemain utama negara pada Terbuka Malaysia yang berakhir di Kuching semalam mengecewakan Persa­tuan Badminton Malaysia (BAM).

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata, beberapa pemain yang diharap menyerlah dalam kejohanan Siri Super Premier bernilai AS$600,000 (RM2.7 juta) itu gagal mencapai tahap yang memuaskan.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei antara yang mengecewakan, selain dua pemenang pi­ngat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) serta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

“Selain Chong Wei, pemain utama lain gagal beraksi di tahap terbaik. Jin Wei (perseorangan wanita) masih mencari rentak selepas pulih daripada kecederaan.

“Liu Ying mungkin tidak beraksi di tahap terbaik kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu manakala V Shem-Wee Kiong tidak beraksi seperti dijangka,” katanya.

Jin Wei, 17, berhempas pulas ketika mengalahkan Yulia Susanto dari Indonesia 21-15, 20-22, 21-17 dalam aksi pertama sebelum tewas 14-21, 12-21 di tangan pemain China, Chen Yufei.

Peng Soon-Liu Ying dan V Shem-Wee Kiong tewas kepada pasangan Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja serta Or Chin Chung-Tan Chun Man dari Hong Kong di pusingan pertama.

“Begitupun, pemain seperti Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Low Juan Shen-Chooi Kah Ming (beregu lelaki) bermain baik apabila mara ke pusingan kedua,” kata­nya lagi.

Chong Wei gagal memburu kejuaraan ke-12 selepas tumpas kepada Lin Dan 19-21, 14-21.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain