Perdana Menteri berkata, setiap hayunan raket Chong Wei membawa semangat 30 juta rakyat Malaysia.

“Hebat Datuk Lee Chong Wei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di Sukan Komanwel Gold Coast 2018!,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.

Chong Wei menghadiahkan pingat emas yang keenam buat Malaysia menerusi acara perseorangan lelaki Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari India, Srikanth Kidambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam aksi final di Carrara Sports Arena. Gold Coast.

Selepas tewas di tangan lawan sama sewaktu beraksi dalam saingan berpasukan campuran, Chong Wei turun dengan misi untuk membalas dendam, selain mahu menyamai rekod Koo Kien Keat meraih emas kelima di pentas Komanwel. - UTUSAN ONLINE