Walaupun Jepun menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa kejohanan, namun negara lain juga mempunyai peluang besar untuk memiliki juara dalam kejohanan utama dunia.

JEREMY GAN
JEREMY GAN 

Dia yang kini bertanggungjawab membimbing beregu campuran Jepun berkata, apa yang perlu dilakukan jurulatih dan pemain ketika ini adalah meningkatkan prestasi serta bijak mengesan kelemahan lawan.

“Saya percaya setiap negara ada sekurang-kurangnya satu beregu campuran yang baik dan kita tidak boleh melihat hanya kepada kelemahan mereka kerana setiap gandingan pasti mempunyai kekuatan tersendiri.

“Paling penting setiap jurulatih perlu mencari jalan bagi mempertingkatkan mutu setiap pemain dan jangan terlalu melihat kepada kelemahan mereka semata-mata,” katanya.

Jeremy kini sedang dalam proses mempersiapkan Yuta Watanabe-Arisa Higashino untuk mencabar pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 khususnya selepas mereka berjaya muncul beregu campuran Jepun pertama menjuarai All England 2018.

Naib juara Olimpik 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang kini bergerak sebagai pasangan bebas adalah beregu campuran terbaik dimiliki Malaysia ketika ini dengan menghuni ranking keenam dunia.

Skuad badminton negara juga meletakkan harapan kepada pasangan No. 12 dunia, Goh Soon Huat-Jemie Shevon Lai untuk layak ke Sukan Olim­pik 2020.