Pasangan beregu wanita bukan pilihan itu tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-14, 7-21, 12-21, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

So Yeong-Hee Yong akan berdepan rakan se­pasukan, Lee So Hee-Shin Seung Chan pada perlawanan akhir, esok.

Pasangan Korea Selatan itu menewaskan satu lagi gandingan tuan rumah, Lee Eun Ah-Yoon Min Ah 21-5, 21-9 pada satu lagi aksi separuh akhir. – BERNAMA