Tuan rumah berjaya meraih kejuaraan acara perseorangan dan beregu bawah 14 dan 16 tahun serta beregu bawah 18 tahun.

Kecemerlangan Perak bermula daripada Chan Ren Chong yang muncul johan acara bawah 14 tahun setelah menumpaskan rakan sepasukan, Chiang Kar Yew 22-20, 21-18.

Ren Chong yang turun berpasangan dengan Chea Cheng Yi turut menjuarai acara beregu dengan menumpaskan pasangan Kedah, Ooi Zi Hao-Khoh Jia Wei 21-14, 10-21, 21-14.

Kategori bawah 16 tahun menyaksikan wakil Perak, Ong Cheng Yuen menumpaskan lawannya dari Kuala Lumpur, Loke Kok Pong 21-12, 21-18 untuk muncul juara.

Pasukan tuan rumah turut gembira apabila gandingan Kong Chee Yoong-Duncan Yau muncul juara beregu bawah 14 tahun mengalahkan lawan mereka dari Pulau Pinang, Lee Teng Hau-Lim Hun Ming 21-11, 21-10.

Perak turut menjuarai beregu bawah 18 tahun apabila pasangan Moi Cheong Leong-Soo Kar Seong berjaya menjinakkan pasangan Kuala Lumpur, Saw Weng Jun-Lee Jo Yew 21-18, 21-15.

Sementara itu, Kedah muncul juara keseluruhan kategori perempuan.