Peng Soon-Liu Ying merekodkan kemenangan 22-20, 22-20 ke atas bekas rakan sepasukan mereka, Goh Soon Huat Shevon Lai untuk bertemu pilihan utama dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang menundukkan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 21-7, 21-13.


Liu Ying memberitahu, perlawanan hari ini sangat sukar kerana mereka banyak menggunakan mental bagi mencari jalan terbaik untuk menang memandangkan Soon Huat-Shevon sudah biasa dengan permainan mereka.


“Kami sudah tahu perlawanan hari ini akan jadi sangat susah kerana masing-masing tahu strategi lawan.


“Memang kami terpaksa kerja keras dari segi mental untuk perlawanan ini,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena, di sini.


Sementara itu, Shevon berkata, lawan mereka nyata berpengalaman dan mereka bermain dengan baik sepanjang perlawanan.


“Peluang untuk kami itu ada terutama pada set kedua tetapi perincian kecil dalam perlawanan itu menjadi penentu kepada keputusan hari ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE