Difahamkan, pasangan itu tiba di Malaysia pada pukul 1 pagi tadi bersama pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan kedua-dua pasangan itu berada di Axiata Arena pada pukul 7 pagi ini untuk menguji gelanggang.

“Memang penat tetapi memang ini tanggungjawab saya sebagai pemain.

“Walaupun kami selalu bermain di sini tetapi keadaan tetap tidak sama, jadi ujian perlu dilakukan untuk lihat keadaan gelanggang dan kekuatan angin. Hari ini semua dalam keadaan baik,” kata Peng Soon ketika ditemui, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying memulakan kempen tahun ini dengan keputusan positif apabila mereka berjaya menjadi juara di Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters, semalam.

Bagaimanapun, ujian sebenar mereka akan bermula esok di Malaysia Masters dengan kehadiran pemain-pemain utama dunia termasuk pemain ranking ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dan pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai serta pasangan England, Chris Adcock-Gabriel Adcock.-UTUSAN ONLINE