Beregu No. 9 dunia itu, yang menerima bye di pusingan pertama menewaskan pasangan India, Saurabh Sharma-Anoushka Parikh 21-18, 21-11 pada pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Nanjing.

Peng Soon-Liu Ying akan bertemu pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith pada pusingan ketiga, esok.

Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke pusingan ketiga selepas mengalahkan pasangan Belanda, Jacco Arends-Selena Piek 21-13, 21-17 untuk berdepan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

Namun nasib berbeza menimpa satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand selepas tewas 12-21, 15-21. - UTUSAN ONLINE