Katanya, dia tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada mereka terutama bagi mencari kejuaraan kerana bimbang mereka tidak mampu mengawal emosi kerana terlalu inginkan kemenangan.

“Saya berharap para pemain boleh beraksi dengan baik memandangkan beberapa pemain senior sudah menjadi pemain profesional.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka kerana ia akan memberi bebanan sekali gus akan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi, berbeza dengan pemain senior, pemain remaja perlu segera menyesuaikan diri dengan suasana gelanggang.

“Contohnya di Thailand, angin dalam gelanggang begitu kuat dan perkara itu berbeza semasa mereka menjalani latihan, jadi kena pandai cari penyelesaian segera,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena, di sini hari ini.

Antara pemain remaja yang berada di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan itu ialah Chen Tang Jie-Peck Yen Wei, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.
Chang Peng Soon-Goh Liu Ying yang memilih haluan sebagai pemain bebas menyaksikan tugas pemain beregu campuran negara kini digalas dua gandingan berpengalaman, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.-UTUSAN ONLINE