Legenda badminton negara itu memberitahu, tumpuan kini lebih terarah kepada persiapan pemain untuk menyertai pertandingan tersebut selain memperbaiki segala kelemahan yang ada berdasarkan kepada prestasi semasa yang ditunjukkan mereka semasa Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, minggu lalu.

Katanya, pemain-pemain negara perlu berjaga-jaga kerana kebanyakan negara sudah mula menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

“Pemain-pemain yang akan beraksi di Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Thomas perlu sentiasa beringat bahawa negara-negara lain sudah tidak seperti dahulu dan permainan mereka juga sudah semakin baik.

“Ini adalah tanggungjawab yang sangat berat dan saya berharap mereka sedar akan kepen­tingan kejohanan-kejohanan ini.

“Untuk Sukan Komanwel, ia akan menggunakan format seperti Piala Sudirman (berpasukan campuran), jadi hanya pemain berpotensi meraih pingat sahaja akan di bawa ke sana,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini semalam.

Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei akan menggalas cabaran negara di Gold Coast bersama Goh Jin Wei, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Vivian Hoo.