Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemain badminton wanita mudah mara ke suku akhir

BADMINTON
PEMAIN badminton wanita Malaysia, Goh Jin Wei mendengar arahan dari jurulatih,Rony Agustinus (kanan) ketika menentang pemain Myanmar, Thet Htar Thuzar ketika pusingan pertama badminton perseorangan wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Axiata Arena,Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/Roy Azis Abd Aziz

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Dua pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei berjaya mara ke suku akhir kategori perseorangan Sukan Sea Ke-29, dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pagi tadi.

Soniia mengalahkan Yeo Jia Min dari Singapura 21-16, 22-20 untuk bertemu pemain Vietnam, Thuy Linh Nguyen di suku akhir.

Sementara itu Jin Wei menewaskan Thet Htar Thuzar dari Myanmar 21-16, 21-7 untuk menantikan pilihan kedua, Fitriani Fitriani dari Indonesia di suku akhir.

Beberapa lagi perlawanan pusingan awal akan bersambung semula tengahari ini membabitkan wakil negara antaranya perseorangan lelaki Iskandar Zulkarnain dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berpotensi menyumbang emas kepada Malaysia.

Sempena cuti persekolahan selama seminggu bermula hari ini, kompleks sukan Bukit Jalil dijangka dibanjiri pengunjung untuk menyaksikan kemeriahan Sukan SEA kali ini.

Bermula pukul 3 petang gelanggang olahraga akan dibuka dan Malaysia dijangka merangkul emas menerusi jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain