PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. - UTUSAN ONLINE

Selepas Rosman Razak dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih beregu wanita, Soon Kit kekurangan tenaga jurulatih untuk membantunya.

Perkara itu diumumkan oleh presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata pelantikan Paulus dibuat memandangkan hanya dia yang mampu memberikan komitmen dalam masa terdekat ini, dengan Malaysia kini dalam persiapan bagi menghadapi Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa lagi calon lain untuk jawatan ini, hanya Paulus yang boleh beri komitmen dan memulakan tugas dalam masa terdekat. Kami tidak boleh menunggu lagi kerana pasukan kita dalam persiapan untuk Piala Thomas.

“Kita perlukan jurulatih segera bagi membantu Soon Kit dalam persiapan menguatkan barisan pemain beregu lelaki menghadapi Piala Thomas,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Paulus tidak asing buat barisan pemain beregu lelaki negara kerana pernah menggalas tugas sama pada tahun 2013 selama 10 bulan sebelum berhijrah ke Filipina sebagai jurulatih negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE