Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasukan badminton wanita negara mara ke peringkat akhir

Pasukan badminton wanita negara mara ke peringkat akhir
GOH JIN WEI (baju hitam) menundukkan wakil Indonesia, Hanna Ramadini dalam aksi di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR - Pasukan badminton wanita negara mara ke peringkat akhir Sukan SEA Ke-29 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di stadium Arena Axiata, Bukit Jalil di sini pagi ini.

Rentak Kemenangan dimulakan oleh perseorangan pertama negara, Soniia Cheah yang menewaskan Fitriani Fitriani 21-17, 21-17 dalam tempoh 45 minit.

Negara terus mendahului selesa apabila beregu Vivian Hoo-Woon Khe Wei diisytiharkan sebagai pemenang setelah beregu Indonesia menarik diri akibat kecederaan ketika Malaysia sedang mendahului 7-5 dalam set yang pertama.

Goh Jin Wei mengesahkan kemaraan negara setelah mengatasi Hanna Ramadini 21-16, 21-13 dan Malaysia bakal berentap dengan pemenang emas Sukan SEA 2015, Thailand dalam saingan akhir pagi esok.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain