Tambahnya, beliau berhasrat meninggalkan badan induk tersebut kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap MOM.

“Saya memang merancang untuk meninggalkan BAM disebabkan saya sudah memegang jawatan Presiden MOM, kemungkinan besar selepas Olimpik. Kami telah melalui beberapa proses. Hari ini saya lihat (BAM) sudah pun memiliki pemain muda berbakat dan akademi.

“Saya rasa mungkin setahun atau dua tahun adalah proses untuk memberikan kepimpinan itu kepada orang lain dan saya akan terus fokus kepada presiden (MOM),” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran MOM di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE