Dalam mesyuarat itu juga, keseluruhan Ahli Majlis BAM sebulat suara memilih Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat sebagai Timbalan Presiden yang baharu manakala Datuk Ng Chin Chai mengekalkan kedudukannya selaku Setiausaha Kehormat bagi penggal akan datang.

Sementara itu, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dipilih secara sebulat suara selaku Penasihat BAM manakala bekas presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih selaku Presiden Kehormat persatuan itu. - UTUSAN ONLINE