ISKANDAR ZULKARNAIN ZAINUDDIN dicabar menampilkan prestasi konsisten oleh Wong Choong Hann.

Bekas juara kebangsaan itu berkata, Mohamad Norza me­rupakan antara individu yang sudah lama bersama BAM dan bakal menggalas tanggungjawab besar sebaik sahaja dilantik secara rasmi sebagai pre­siden pada hujung minggu ini.

“Datuk Seri pernah menjadi pengurus skuad Piala Thomas tahun lalu, jadi saya tahu dia merupakan individu yang sa­ngat mengambil berat terhadap kebajikan pemain dan jurulatih, sudah pasti tidak akan ada sebarang masalah.

“Saya berharap beliau dapat menyuntik pembaharuan untuk BAM dan menaikkan pemain-pemain junior kita, saya sangat gembira dengan pemilihan beliau selaku presiden yang baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kemelut perebutan kerusi No. 1 BAM akhirnya mencapai jalan penyelesaian terbaik apabila Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid memberi laluan kepada Mohamad Norza Zakaria untuk memimpin persatuan itu pada penggal akan datang.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua Timbalan Presiden BAM itu mengadakan pertemuan tertutup semalam setelah diberikan mandat oleh barisan Ahli Majlis untuk mencari jalan penyelesai­an sebelum kongres pemilihan pada 29 April ini.