Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Norza, Al Amin bersemuka pukul 5 hari ini

MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJID 2
MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJID

KUALA LUMPUR 19 April - Isu pemilihan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka selesai hari ini apabila dua 'calon' kerusi panas tersebut, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akan bersemuka bagi membincangkan status mereka.

Timbalan Presiden BAM, Mohamad Norza memberitahu, beliau dan Mohamed Al Amin akan membuat pertemuan secara tertutup di Petaling Jaya pada pukul 5 petang nanti, dengan hasil perbincangan tersebut akan dirujuk kepada ahli-ahli exco badan induk itu sebelum membuat sidang akhbar.

"Saya mengharapkan satu penyelesaian yang baik di antara kami. Selepas bertemu saya dan Al Amin akan berbincang bagaimana untuk memberitahu kepada ahli majlis dan pihak media berhubung keputusan tersebut.

"Perbincangan hari ini adalah perbincangan sebagaimana yang kita cakap untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut kepimpinan BAM," kata Mohamad Norza selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif kelab badminton Petaling Jaya di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain