Jun Hao yang juga memegang gelaran juara remaja Asia tahun ini itu tewas di tangan pilihan utama dari Thailand itu 21-17, 15-21, 9-21 dalam tempoh satu jam lima lima minit.

Untuk rekod, Malaysia pernah melahirkan dua jaguh remaja dunia menerusi Zulfadli Zulkiffli dalam perseorangan lelaki pada 2011, selain Goh Jin Wei (perseorangan perempuan) tahun 2015.- UTUSAN ONLINE