Keputusan itu menyaksikan Mohd. Arif berkemungkinan bergandingan bersama pasangan Yew Sin, Teo Ee Yi dalam acara beregu lelaki dalam aksi yang akan berlangsung di Bangkok pada 20-27 Mei ini.


Seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran negara di Bangkok bersama Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao.


Goh V Shem- Tan Wee Kiong akan menggalas cabaran beregu lelaki bersama Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain Ee Yi dan Mohd. Arif bagi mencapai sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir.


Keputusan itu juga menyaksikan pemain profesional negara, Liew Daren tidak dipilih meskipun berjaya menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa siri kejohanan sebelum ini termasuk layak ke Kejohanan Dunia di Nanjing.


Skuad Piala Uber negara menyaksikan Soniia Cheah dan Goh Jin Wei dipilih bersama Lee Ying Ying dan S. Kisona dalam acara perseorangan.


Bagi acara beregu, Vivian Hoo dipilih bersama Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Tee Jing Yi-Soong Fie Cho selain pemain serba boleh, Goh Yea Ching. - UTUSAN ONLINE