Selepas memberi tentangan sengit pada set pembukaan, Chong Wei bagaimanapun akur dengan kekalahan mudah di set kedua ketika tumpas 19-21, 14-21 dalam masa 55 minit.

Ini adalah kekalahan ke-26 Chong Wei dalam 38 pertemuan dengan jaguh China itu, sekali gus menghampakannya untuk menambah koleksi kejuaraan selepas menang pada 2016, 2014, 2013, 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004. - UTUSAN ONLINE