Katanya, dia hanya mahukan pemain yang benar-benar komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka selaku pemain kebangsaan selain bersedia untuk mengikut tunjuk ajar yang diberikan.

Katanya, dia akan membantu serapkan segala ilmu berkaitan strategi permainan serta kemahiran teknikal dalam kalangan pemain selain mereka perlu akur dengan keputusan yang ditetapkan.

“Setiap pemain perlu bersedia dan mereka perlu tahu bahawa saya tidak perlukan mereka. Ini adalah ancaman daripada saya.

“Mereka ini dibayar untuk bermain, seharusnya mereka ini bermain sebaik mungkin dan bukan sekadar duduk di sini untuk menjadi pemain kebangsaan, seandainya tidak mampu, berikan ruang kepada yang lebih layak.

“Tiada jalan mudah untuk berjaya, jadi mereka perlu akur sengan setiap keputusan jurulatih dan seandainya gagal, mereka tidak boleh marah jika digugurkan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Ukay Perdana, di sini hari ini.

Sementara itu, Misbun juga akan melihat pemain yang berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei pada masa akan datang berdasarkan kepada pemerhatian jaguh negara itu.

Katanya, tugasan untuk mencari pengganti Chong Wei memang sangat rumit dan boleh diibaratkan seperti mengubah suai sebuah kediaman elit yang memerlukan penelitian khusus.

“Pemain memang ramai tetapi pemain berbakat tidak ramai sama seperti ketika saya mengesan bakat Chong Wei, Roslin dan Hafiz Hashim.

“Jadi saya akan lihat dahulu keadaan semasa dan berdasarkan pemantauan adalah Chong Wei kerana dia merupakan pemain tonggak dan sudah pssti dia tahu mana pemain yang berpotensi untuk diketengahkan,” katanya.