Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia tetap negara penting sukan badminton

Lee Chong Wei membalas pukulan Viktor Axelsen dalam perlawanan
Lee Chong Wei membalas pukulan Viktor Axelsen dalam perlawanan suku akhir Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam semalam. UTUSAN/suriya bonma

KUALA LUMPUR 19 Mac - Walaupun Malaysia tidak menjadi antara negara penganjur kejohanan badminton bertaraf Grand Slam menerusi penstrukturan baharu, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih melihat negara ini sebagai antara negara terpenting dalam pembangunan sukan itu.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund mengakui pihaknya agak sukar untuk membuat keputusan mengenai negara yang sewajarnya diangkat sebagai tuan rumah menerusi Mesyuarat Majlis BWF yang berlangsung di sini hari ini.

“Malaysia tetap mengekalkan taraf penganjuran yang sama seperti sebelum ini meskipun sekadar berada di tahap ketiga penganjuran menerusi penstrukturan baharu.

“Ini memang keputusan sukar, kita mempunyai lima calon untuk penganjuran tahap kedua dan kelima-limanya menganjurkan kejohanan dengan luar biasa sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BWF hari ini memperkenalkan enam tahap kejohanan bermula tahun depan hingga 2021 dengan tahap pertama kejohanan akan menawarkan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$1.5 juta (RM6.66 juta), manakala tiga negara yang terpilih menganjurkan tahap kedua ialah China, England dan Indonesia dengan tawaran hadiah AS$1 juta (RM4.44 juta).

Sementara itu, Malaysia, China, Denmark, Perancis dan Jepun juga akan menjadi tuan rumah tahap ketiga yang menawarkan hadiah wanga tunai sebanyak AS$700,000 (RM3.1 juta).

Lund memberitahu, meski­pun Malaysia tidak menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahap kedua namun bilangan kejohanan serta peningkatan taraf Malaysia Masters harus diambil kira.

“Pelbagai perkara menarik tetap ada di Malaysia. Ini adalah negara utama dalam sukan badminton dan menjadi tuan rumah untuk tahap ketiga juga membuktikan bahawa ada unsur-unsur pembangunan serta boleh dianggap Malaysia masih lagi memenangi hati kami.

“Mengenai nama kejohanan pula, ia adalah berita yang menarik untuk anda siarkan tetapi kami tidak boleh lagi membuat pengumuman sekarang kerana masih dalam proses perbinca­ngan.

“Mungkin kejohanan bertaraf Siri Super sebelum ini dikekalkan ataupun menggunakan nama lain,” katanya.

Perbezaan tawaran hadiah menjadi punca utama Malaysia tidak tersenarai sebagai antara negara yang mendapat hak pe­nganjuran kejohanan badminton bertaraf Grand Slam.

Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memberitahu tiada sebab untuk Malaysia berasa kecewa dengan keputusan itu kerana kejohanan yang bakal dianjurkan itu tetap diberikan status Siri Super Premier.

Bukan itu sahaja, malahan Malaysia memiliki satu lagi kejohanan di tahap keempat yang bertaraf Grand Prix Emas de­ngan tawaran hadiah sebanyak AS$350,000 (RM1.55 juta), pe­ningkatan melebihi sekali ganda berbanding hanya AS$150,000 (RM655,625) yang ditawarkan sebelum ini.

“Tiada sebab untuk kita berasa kecewa, memang Malaysia tidak berada dalam senarai Grand Slam badminton kerana perbezaan jumlah hadiah wang tunai.

“Bagi saya, tawaran hadiah AS$1 juta (RM4.44 juta) merupakan satu risiko besar, memang kita kecewa sekarang ini tetapi tidak mengapa kerana kita kekal dengan status kita dan pada masa sama tidak perlu untuk kita membuat perbandi­ngan dengan negara-negara lain,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain