Kejohanan dwi tahunan itu menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan 1C bersama Jepun dan England manakala juara bertahan, China berada dalam Kumpulan 1A bersama Thailand dan Hong Kong.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, undian yang diterima Malaysia adalah sangat baik dan memiliki peluang cerah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.

“Undian ini agak baik dan Malaysia perlu memanfaatkan peluang untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan bagi mendapat undian yang lebih baik di peringkat suku akhir.

“Saya akui cabaran utama kami di peringkat kumpulan ialah Jepun tetapi peluang untuk menjadi juara kumpulan sememangnya ada,” katanya selepas majlis undian Piala Sudirman, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE