Biarpun bermula langkah kanan apabila mengutip mata pertama menerusi beregu campuran, Man Wei Chong-Pearly Tan Koong Le, namun Malaysia terpaksa tunduk dalam tiga acara seterusnya.

Wei Chong-Pearly Tan terdahulu menumpaskan Fan Qiuyue-Li Wenmei 21-12, 9-21, 21-17 untuk pasukan mendahului 1-0.

Begitupun, China menyamakan kedudukan menerusi Zhengze Gao mengalahkan juara remaja Asia, Leong Jun Hao 21-14, 21-18 dalam perseorangan lelaki.

Beregu lelaki, Fan Qiuyue-Wang Chang meletakkan China di depan dengan menundukkan Chang Yee Jun-Ng Eng Cheong 21-19, 21-17.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei hampir menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-2 dalam perseorangan perempuan, namun tewas 16-21, 22-20, 8-21 kepada Han Yue, sekali gus mengesahkan gelaran ke-12 buat China.

Ini kekalahan ketiga Malaysia kepada China di pentas akhir selepas 2009 dan 2016.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam kejohanan itu adalah pada 2011.