Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahu Chong Wei terus beraksi

Lee Chong Wei enggan ditemu bual wartawan sebaliknya terus menuju
Lee Chong Wei enggan ditemu bual wartawan sebaliknya terus menuju ke arah kenderaan yang menunggunya di luar Balai Ketibaan sebaik sahaja tiba di KLIA, Sepang dari Glasgow, semalam. Utusan/RASHID MAHFOF

SEPANG 25 Ogos – Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berhasrat melihat jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei terus beraksi seandainya masih memiliki kemahuan untuk bermain.

Sejurus tewas seawal pusingan pertama pada Kejohanan Dunia di Glasgow, Selasa lalu, persoalan mengenai masa depan bekas pemain No.1 dunia itu menjadi tanda tanya.

Hasrat pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu untuk merangkul kejuaraan dunia pertamanya berkecai selepas tewas dalam pusingan pembukaan kepada pemain Perancis, Brice Leverdez 19-21, 24-22, 17-21.

“Saya memintanya untuk tidak membuat sebarang keputusan pada waktu ini kerana emosinya masih belum stabil, beri dia masa empat atau lima hari lagi sebelum kami berbincang semula mengenai perkara ini.

“Memang saya mahu lihat Chong Wei terus bermain jika dia masih ada semangat serta kemahuan kerana pada waktu ini ramai bertanyakan adakah ini pengakhiran buat karier gemilangnya.

“Tahun depan akan ada Kejohanan Dunia dan Piala Thomas, jadi kita akan pilih mana yang penting untuk dia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Hendrawan tiba di KLIA bersama Chong Wei dari Glasgow namun pemain No. 2 dunia itu dilihat terus menuju ke arah kenderaan yang sedang menunggunya di luar balai ketibaan.

Hendrawan yang juga juara dunia 2001 akan terus memberikan sokongan terhadap karier Chong Wei dan pada masa sama meminta agar semua pihak memberikan dia ruang untuk berehat selain meluangkan masa bersama keluarga.

Katanya, pemain berusia 35 tahun itu meminta masa untuk berehat selepas melalui detik sukar di Glasgow.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain