Dalam aksi tersebut, Soniia Cheah sekali lagi gagal menghadiahkan mata penting buat negara selepas mudah dijinakkan Sung Ji Hyun 13-21, 10-21 dalam tempoh 37 minit.

Turut menerima nasib sama pasangan Vivian Hoo-Tee Jing Yi yang terpaksa akur 10-21, 15-21 kepada Lee So Hee-Shin Heung Chan dalam perlawanan yang memakan masa 35 minit.

Harapan untuk menyaksikan Goh Jin Wei menghidupkan kembali peluang Malaysia juga tidak kesampaian apabila dia turut tewas 21-17, 11-21, 13-21 kepada Lee Jang Mi.

Pemain berusia 18 tahun itu mengakui fikirannya agak terganggu semasa beraksi selepas Malaysia ketinggalan dua mata di belakang Korea Selatan.

Katanya, dia seharusnya boleh beraksi lebih baik hari inidan boleh menyumbang mata buat skuad negara.

“Keadaan agak tegang pada set pertama tetapi saya berjaya atasi perkara itu tetapi dalam baki dua set berikutnya fikiran saya terganggu kerana terlalu banyak berfikir sehingga menjejaskan permainan.

“Dalam beberapa bulan ini saya akan terus perbaiki permainan saya selain mencari pengalaman dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa termasuk All England dan Terbuka Jerman.

“Saya juga percaya skuad Piala Uber negara akan lebih bersedia untuk aksi di Bangkok, Mei ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (suku akhir)

MALAYSIA 0 Korea Selatan 3

Soniia Cheah kk Sung Ji Hyun 13-21, 10-21

Vivian Hoo-Tee Jing Yi kk Lee So Hee-Shin Heung Chan 10-21, 15-21

Goh Jin Wei kk Lee Jang Mi 21-17, 11-21, 13-21