Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Khairy tetapkan misi pertama untuk Norza

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

SEREMBAN 29 April – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria perlu memastikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat melahirkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat pemain perseorangan lelaki yang mampu mencapai kedudukan 40 teratas dunia dalam masa terdekat kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, itu adalah misi pertama yang perlu dilaksanakan oleh Mohamad Norza selaku Presiden BAM selepas dilantik ke jawatan berkenaan bagi penggal 2017-2020 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif hari ini.

“Situasi tersebut dalam perhatian BAM. Kita pun sudah maklumkan kepada Mohamad Norza. Itu jadi cabaran kepada beliau.

“Kita harus lihat kepada generasi akan datang dan bagaimana BAM dapat memberi pendedahan yang cepat kepada golongan ini,” katanya selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) di Taman Desa Melor Indah, Senawang di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas senario terkini yang menyaksikan pemain muda negara masih tidak berupaya mengikut jejak langkah pemain 
No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.

Dalam perkembangan lain, katanya, faktor usia bukan penghalang untuk pemain senior dipilih beraksi dalam sebarang kejohanan penting.

“Kalau tengok kepada Chong Wei, dia masih lagi antara pemain yang mempunyai tahap kecergasan paling tinggi. Jadi bagi kita, mereka mesti beri fokus kepada kecergasan kalau masih hendak bermain.

“Lagipun kita sudah bersetuju dengan sistem di mana pemilihan pemain berdasarkan ujian kecergasan. Kalau tidak lepas, mereka tidak akan dipilih mewakili negara untuk kejohanan tertentu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain