Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kelab badminton Petaling Jaya terima durin runtuh

WAKIL pemain kelab badminton Petaling Jaya, K. Yogendran menyerahkan
WAKIL pemain kelab badminton Petaling Jaya, K. Yogendran menyerahkan trofi Liga Purple yang dimenangi mereka kepada Pengarah Urusan Fleet,Teo Tong Wah (empat dari kiri) sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (tiga dari kiri), Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beg Choo (dua kiri), Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh (empat dari kanan) dan Pengurus pasukan itu, Manoj Kumar (kiri) pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif kepada kelab badminton tersebut di Wisma MOM di sini hari ini. FOTO UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 19 April - Barisan pemain dan pegawai kelab badminton Petaling Jaya hari ini menerima durian runtuh selepas penaja syarikat pengeluar barangan sukan terkemuka, Fleet International Holding Sdn. Bhd. memberikan bonus sebanyak RM100,000.

Insentif tersebut diberikan susulan Petaling Jaya berjaya menjuarai saingan SS Purple League (SSPL) musim 2016/17 baru-baru ini.

Malah, Fleet menyatakan komitmennya untuk terus kekal menjadi penaja utama Petaling Jaya bagi mengharungi saingan musim depan, sekali gus menyuntik semangat mereka untuk mempertahankan kejuaraan.

Pengerah Urusan Fleet, Teo Tong Wah berkata, pihaknya bangga dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan barisan pemain Petaling Jaya sehingga mampu menjuarai SSPL buat kali pertama sejak kejohanan tersebut dipertandingkan pada 2014.

“Fleet berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan kelab badminton Petaling Jaya. Kami berharap semangat yang ditunjukkan pemain dapat diteruskan apabila saingan musim baharu bermula nanti.

“Fleet juga gembira kerana dapat terus memainkan peranan bersama Petaling Jaya bagi meneruskan misi pasukan pada musim akan datang. Ini adalah sebahagian daripada usaha Fleet bagi membantu pembangunan sukan badminton negara,” katanya.

Tong Wah berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif Petaling Jaya di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh; Setiausaha Agung MOM, Low Beng Choo; dan penolongnya, Datuk Sieh Kok Chi. UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain