Acara perseorangan akan bermula pada 15 September dengan Zii Jia yang merupakan pemain No.2 negara diletakkan sandaran untuk mencapai emas berdasarkan statusnya.

Pengurus pasukan badminton Kedah, Chin Yoon Foo percaya pemain itu mampu mencapai sasaran itu jika diukur dari segi prestasinya ketika ini, selain statusnya sebagai pemain utama skuad kebangsaan.

Walau bagaimanapun, tugas menyumbang pingat bukan hanya diletakkan kepada Zii Jia tetapi Kedah turut berharap pemain-pemain lain juga mencapai sekurang-kurangnya menyumbang pingat tidak kira warna.

“Kalau untuk sasaran pingat, kami mahukan pingat tidak kira warna tetapi secara rasionalnya dalam acara perseorangan lelaki tiada alasan untuk tidak melangkah ke pentas final.

“Beregu wanita kita juga agak kuat dan harap mampu memberi saingan dalam perebutan pingat. Saya percaya mereka mampu menyumbang pingat buat kontinjen Kedah tanpa mengira warna pi­ngat selepas melakukan persiapan yang rapi,” katanya.

Kontinjen Kedah yang menghantar 496 atlet, mensasarkan untuk mengutip 25 pingat emas dalam temasya kali ke-19 itu.