Gade yang juga salah seorang daripada ‘big four’ di samping Chong Wei, Lin Dan serta Taufik Hidayat berkata, pengunduran bekas pemain No. 1 itu akan membuatkan dunia badminton akan sentiasa merinduinya dalam apa jua keadaan.

“Terima kasih di atas semua kenangan yang kita kongsi bersama sepanjang tahun.

“Semoga yang terbaik akan hadir pada tahun mendatang bersama keluarga dan rakan-rakan anda,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Chong Wei hari ini secara rasmi mengumumkan persaraan sebagai atlet badminton negara namun berjanji akan terus membantu membangunkan sukan tersebut.

Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Jelas pemain berusia 36 tahun itu, ia merupakan keputusan paling sukar pernah dibuatnya selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.- UTUSAN ONLINE