Nasihat itu diberikan selepas dia menundukkan jaguh Denmark itu 21-17, 21-9 di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.


Semasa aksi suku akhir itu, Axelsen yang juga juara dunia dilihat tidak cergas sepenuhnya dan mengalami kesukaran bernafas.


Kejayaan itu menyaksikan dia bakal berdepan cabaran wakil Indonesia, Tommy Sugiarto yang menundukkan pilihan ketiga dari China, Shi Yuqi 13-21, 21-13, 21-13.


“Batuk-batuk itu psikologi sahaja, kalau batuk (tidak sihat) jangan main,” katanya berseloroh ketika ditemui selepas tamat permainan, hari ini. - UTUSAN ONLINE