Pemain bersuai 22 tahun itu memberi tentangan hebat di set pertama sebelum tewas 21-14, 16-21, 8-21 kepada jaguh China tersebut dalam tempoh 51 minit.

Sekali pun tewas, June Wei tidak menganggap ia satu tamparan hebat, sebaliknya menjadikan ia sebagai pengajaran berguna demi memperbaiki prestasinya pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira dengan persembahan di set pertama saya. Saya bermain dengan pantas dan baik serta sering melakukan serangan.

“Bagaimanapun di set kedua dan ketiga, Lin Dan telah mengubah beberapa corak permainan dan kepantasan menyebabkan saya rasa terlalu penat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ia adalah pertemuan sulung di antara kedua-dua pemain tersebut, menyaksikan Lin Dan, 36, kini mengumpul rekod satu kemenangan ke atas pemain di tempat ke-85 dunia, June Wei. - UTUSAN ONLINE