Dalam aksi separuh akhir di Amongrogo, Jogjakarta, Jun Hao yang juga juara remaja Asia memerlukan masa 44 minit untuk menumpaskan pencabarnya dari Jepun, Kodai Naraoka 21-14, 22-20.

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 18 tahun itu bakal bertemu pilihan utama kejohanan dari Thailand, Vitidsarn Kunlavut yang menumpaskan lawannya dari China, Zhengze Gao 21-16, 21-13 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Aksi final akan berlangsung, esok.

Sementara itu, harapan untuk menyaksikan perseorangan perempuan negara, Goh Jin Wei merangkul kejuaraan remaja dunia kedua peribadinya tidak kesampaian apabila disekat oleh pemain China, Han Yue dalam aksi separuh akhir perseorangan perempuan.

Juara remaja dunia 2015 itu, terpaksa akur dengan kehebatan pemain tembok China itu setelah bertarung dalam tempoh 29 minit, sebelum tewas 21-9, 21-10 kepada Han Yue.

- UTUSAN ONLINE