Pasangan bebas yang kini bernaung dengan kelab badminton Ampang Jaya menundukkan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Emil Seidel 21-13, 20-22, 21-19 untuk bertemu pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan Ben Lane-Sean Vendy 21-19, 21-10.

Juan Shen berkata, aksi hari ini sangat memuaskan kerana mereka berjaya menggunakan strategi yang betul untuk menang dan pada masa sama berharap dapat meneruskan rentak kemenangan esok.

"Esok perlawanan memang susah kerana akan berjumpa pilihan keempat dari Denmark, jadi kami akan balik dan kaji permainan mereka sebaik mungkin.
“Ini juga adalah pertemuan pertama kami dengan mereka," katanya ketika ditemui selepas tamat permainan di Axiata Arena, di sini hari ini.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Lee Ying Ying gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain Russia, Evgeniya Kosetskaya 11-21, 21-15, 17-21.- UTUSAN ONLINE