Dia sebelum ini pernah bersama skuad kebangsaan dalam acara perseorangan tetapi kini bakal menggalas cabaran selaku pemain beregu bersama gandi­ngannya Soong Fie Cho.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan dia bakal beraksi bersama pemain lain seperti Vi­vian Hoo atau Goh Yea Ching bagi membentuk gandingan baharu dalam usaha mencerahkan laluan negara ke saingan suku akhir.

Katanya, ketika ini gandingannya bersama Fie Cho semakin serasi dan persiapan skuad beregu berada dalam keadaan baik.

“Memang ketika ini keadaan sangat berbeza kerana saya sebelum ini bermain acara perseora­ngan, cabaran dalam acara beregu juga berbeza, tambahan pemain-pemain lain juga sedang menunjukkan peningkatan ketara.

“Bagi saya, fokus kini adalah untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin dan memang saya akui sangat gembira kerana jurulatih (Rosman Razak) mempunyai keyakinan untuk saya beraksi dalam Piala Uber.

“Saya akan turun bermain sebaik mungkin jika diberikan peluang kerana saya melihat tekanan tidak berada pada kami, jadi kami boleh bermain dengan cara kami semasa di dalam gelanggang,” katanya ketika dihubungi pembe­rita, di sini hari ini.

Soniia Cheah dan Goh Jin Wei akan mengetuai cabaran negara di kejohanan dwitahunan itu dalam acara perseorangan bersama Lee Ying Ying dan S. Kisona, manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut disenaraikan dalam skuad kebangsaan dalam edisi kali ini.

Bagaimanapun, Vivian akan beraksi tanpa kehadiran pasa­ngannya, Woon Khe Wei yang mengalami kecederaan lutut.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama jaura bertahan China, Indonesia dan Perancis dengan sasaran layak ke saingan suku akhir.