Juara remaja dunia 2015 itu mara ke suku akhir setelah menundukkan wakil tuan rumah, Choirunnisa yang juga pilihan ke-16 dengan keputusan 21-15, 21-19 di pusingan kelima dalam tempoh 31 minit.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu bakal berdepan pilihan ke-10, Chananchida Jucharoen dari Thailand bagi merebut slot ke separuh akhir esok.

Untuk rekod, Jin Wei, 17, yang juga pilihan keempat pernah menundukkan Chananchida dalam pertemuan sulung mereka di Kejohanan Remaja Asia di Bangkok tahun lepas dengan keputusan 21-11, 21-10.

Wakil negara yang turut melangkah ke suku akhir adalah Ng Eng Cheong-Toh Ee Wei menerusi beregu campuran dan Leong Jun Hao (perseorangan lelaki).

Salah satu wakil beregu lelaki negara juga akan menempah tiket ke suku akhir menerusi Kwek Yee Jian-Man Wei Chong dan Chia Wei Jie-Tee Kai Wun, yang akan menentang sesama sendiri sebentar lagi.- UTUSAN ONLINE