JAKARTA 19 Ogos - Pasukan badminton Malaysia gagal ke suku akhir Sukan Asia 2018 bagi acara berpasukan selepas perseorangan kedua, Lee Zii Jia tewas kepada Kenta Nishimoto, sebentar tadi.
Dalam aksi di Istora Senayan itu, Jii Zia tewas 18-21, 17-21 kepada Nishimoto dan sekaligus menyaksikan Malaysia tunduk 0-3 kepada Jepun.
Selepas ini pasukan Malaysia akan mengalihkan tumpuan mereka kepada acara individu yang akan bermula Rabu ini. - UTUSAN ONLINE