Jepun yang menurunkan barisan terkuat mereka menumpaskan juara Piala Uber 14 kali, China dengan keputusan selesa 3-0.

Pemain No. 2 dunia, Akane Yamaguchi menghadiahkan mata pertama Jepun dalam acara perseorangan wanita selepas menumpaskan Chen Yunfei dalam aksi tiga set 21-16, 12-21, 21-14.

Beregu mereka yang juga pasangan No.2 dunia, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahasi menghadiahkan mata kedua pasukannya selepas mengalahkan Du Yue-Li Yinhui 21-16, 12-21, 21-14.

Nozomi Okuhara mengesahkan kejuaraan milik Jepun selepas dipaksa bekerja keras untuk menang 19-21, 21-16, 21-10 ke atas He Bingjiao. - UTUSAN ONLINE