Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan harap keajaiban

Piala Thomas sukar kembali dalam masa terdekat

MOHAMAD NORZA ZAKARIA 2
MOHAMAD NORZA ZAKARIA

KUALA LUMPUR 1 MEI - MELETAKKAN sasaran merampas Piala Thomas dalam tempoh terdekat adalah misi yang memerlukan keajaiban.

Walaupun ia tidak mustahil, namun melihat kepada kerapuhan bahagian perseorangan lelaki ketika ini, maka mengharapkan trofi itu kembali ke tanah air selepas 25 tahun adalah sangat sukar.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebaliknya menyifatkan tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang adalah lebih sesuai untuk menetapkan sasaran tinggi.

“Buat masa ini kita masih ke­tandusan pemain perseorangan yang berwibawa bagi menggantikan Datuk Lee Chong Wei atau berganding bersama beliau pada Piala Thomas tahun depan.

“Setakat ini pemain beregu kita ramai pelapis, cuma pemain perseorangan sahaja yang kita agak ketandusan. Itu yang menjadi batu penghalang.

“Namun kita sudah tahu apa masalah kita dan telah bersedia dengan perkara itu.

“Dalam jangka masa tiga hingga lima tahun lagi (Piala Thomas 2020 dan 2022) kita akan cuba sedaya upaya merealisasikan harapan rakyat untuk melihat trofi berprestij itu kembali ke bumi Malaysia,” katanya kepad Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek yang mahu barisan kepemimpinan baharu BAM meletakkan Piala Thomas 2018 sebagai penanda aras terhadap perancangan mereka.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah di Kuala Lumpur pada 1992.

Antara pemain pelapis perseorangan yang dilihat berpotensi menggalas cabaran Malaysia pada masa depan adalah juara Remaja Asia 2013, Soo Teck Zhi; Soong Joo Ven (naib juara Terbuka Scotland 2016); Lee Zii Jia (pingat gangsa Kejohanan Dunia Remaja 2016) dan Lim Chi Wing (juara Siri Antarabangsa Vietnam 2014).

Mohamad Norza bagaimanapun menegaskan, Malaysia masih mempunyai harapan untuk melakar kejutan di Bangkok tahun depan berdasarkan pencapaian dua edisi lalu.

“Pencapaian dalam tempoh tiga tahun lepas agak membanggakan yang mana ketika di New Delhi, India pada 2014 kita muncul naib juara biarpun membariskan pasukan yang dianggap paling lemah ketika itu.

“Di Kunshan, China pada 2016 kita tewas pada separuh akhir menentang Denmark. Saya rasa untuk menang tahun depan masih realistik,” katanya.

Info Grafik

-----------

1) Soo Teck Zhi

Umur: 22 tahun

Pencapaian: Juara Remaja Asia 2013

2) Soong Joo Ven

Umur: 22 tahun

Pencapaian: Naib juara Terbuka Scotland 2016

3) Lim Chi Wing

Umur: 22 tahun

Pencapaian: Juara Siri Antarabangsa Vietnam 2014

4) Lee Zii Jia

Umur: 19 tahun

Pencapaian: Naib juara Terbuka Scotland 2016

----------

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain