Pencapaian V Shem-Wee Kiong yang merangkul kejuaraan Thailand Masters, minggu lalu wajar menjadi pembakar semangat buat barisan pemain muda selain mewujudkan persaingan sihat terutama bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Aksi di Bangkok, pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menunjukkan prestasi terbaik dengan melangkah ke separuh akhir manakala Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Aron Chia-Soh Wooi Yik masing-masing tersingkir di suku akhir dan pusingan kedua.

“Ee Yi-Yew Sin bermain dengan baik cuma kurang bernasib baik kerana kalah kepada V Shem-Wee Kiong di suku akhir dan sememangnya mereka berlatih bersama sebelum ini.

“Kejayaan itu wajar dijadikan sebagai motivasi dan pemain-pemain muda ini perlu bersaing secara sihat kerana semuanya bermain untuk Malaysia,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena, di sini hari ini.

Dalam saingan Malaysia Masters itu, Ee Yi-Yew Sin akan berdepan cabaran Liao Min Chun-Su Ching Heng dan Aaron-Wooi Yik bertemu pasangan England, Marcus Ellis-Chris Langridge.-UTUSAN ONLINE